fbpx

Pendakwaan Syariah sahkan Siti Nuramira tidak didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Nuramira Abdullah dibebaskan selepas dijamin di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini semalam. /FOTO FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan tidak meneruskan pertuduhan terhadap wanita kontroversi yang didakwa menghina agama, Siti Nuramira Abdullah di Mahkamah Syariah.

Menerusi kenyataan sebentar tadi, Ketua Pendakwa Syarie berkata, keputusan itu dibuat mengikut seksyen 58 (2) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) dan Seksyen 181 Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutan) 1997.

“Pertuduhan jenayah sudah dimulakan di Mahkamah Sivil pada 13 Julai lalu di bawah seksyen 298A Kanun Keseksaan. Maslahah (memelihara tujuan syarak) dari sudut pentadbiran keadilan bagi mengelakkan tertuduh dituduh di dua mahkamah berbeza bagi mencapai matlamat sama iaitu untuk dihukum atas kesalahan yang dilakukan,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, Seksyen 298A Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman yang lebih berat dan ia sesuai dengan maqasid (matlamat) syariah yang menekankan pendekatan ta’dib (mendidik) dalam pentadbiran jenayah syariah yang mana diharap dapat membawa kembali tertuduh ke arah amalan Islam sebenar.

katanya, kes berkenaan sudah didaftarkan pada 13 Julai lalu berdasarkan siasatan awal yang dijalankan terhadap Siti Nuramira dan sebutan pertama ditetapkan pada 14 Julai tetapi ditangguhkan pada 21 Julai ini.

Jelasnya, wanita itu ditahan Pegawai Penguatkuasa Agama semalam untuk siasatan lanjut.

Semalam, Siti Nuramira ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), sejurus dibebaskan dengan jaminan berkaitan pertuduhan menghina Islam yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI