fbpx
Laluan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu yang lurus dan luas menjadi pilihan mat rempit di George Town setiap kali hujung minggu.

Lokasi lima maut umpama pesta permotoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Lokasi di Le­buh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu di sini berdekatan KD Sri Pinang (Pasukan Simpanan Sukarelawan Tentera Laut) atau lebih dikenali dalam kalangan mat motor sebagai ‘Marin’ menjadi antara lokasi pilihan mat rempit setiap hujung minggu.

Bentuk jalan raya yang lurus dari arah Jambatan Pulau Pinang dan Pantai Seagate serta terdapat sedikit lencongan kecil selepas jejantas sememangnya dikatakan port kumpulan mat rempit menunjukkan taring selepas pukul 3 pagi.

Difahamkan, lokasi tersebut merupakan trek akhir kumpulan berkenaan mempertaruhkan kekuatan motosikal ma­sing-masing termasuk laluan keluar geng ronda anak muda malam minggu yang tinggal di sekitar Daerah Timur Laut.

Sebelum ‘Marin’, Padang Kota Lama, Jalan Tunku Kudin di Gelugor, bulatan Sungai Nibong, Sunshine Bayan Baru, Pantai Seagate, Jalan Sultan Azlan Shah, Bukit Gambir dan Batu Uban juga menjadi lokasi secara turutan kumpulan terbabit.

Seorang penduduk perumahan di Gelugor, Nadirah Othman, 35, berkata, lokasi berkenaan dikatakan sudah menjadi tumpuan mat rempit setiap kali cuti umum atau malam perayaan.

“Umpama satu pesta pemotoran.Memang situ port wajib mereka sebelum pulang ke rumah masing-masing sebelum pukul 5 pagi disebabkan ken­deraan seperti lori dan bas mula berada atas jalan waktu itu.

“Deretan lebih 300 buah motosikal akan kelihatan dari Pantai Seagate termasuk kenderaan-kenderaan yang akan berhenti di tepi jalan berdekatan kawasan perumahan.

“Bunyi kuat enjin motosikal memang tidak boleh nak kata apa dah. Mereka akan berkumpul dan berbaris sebelum berlumba hingga ke hadapan sebuah ste­sen minyak di situ. Mereka juga akan berpatah balik ke garisan awal secara lawan arus,” katanya kepada Kos­mo! di sini semalam.

Berita berkaitan: Tiga penunggang motosikal maut, dua cedera

Jelasnya lagi, bagi kumpulan motosikal yang tidak berlumba, mereka akan memenuhi ruang tepi lebuh raya berkenaan bagi memberi laluan kepada geng pelesit rempit berlumba.

KEADAAN di lokasi kejadian kemalangan di Lebuh Raya Dr. Lim Choong Eu, Gelugor, George Town.

Difahamkan, setiap kali hujung minggu geng mat rempit itu bukan sahaja bergerak secara konvoi tetapi menutup jalan dan tidak endah lampu isyarat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN