fbpx
Johnny memberi tempoh sehingga hari ini bagi pendaftaran PSE untuk Google, Facebook, WhatsApp dan Instagram. - Medcom

Indonesia beri amaran sekat akses laman sosial gagal berdaftar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Kementerian Komunikasi dan Informasi Indonesia memberi amaran akan menyekat semua laman sosial seperti WhatsApp, Facebook, Instagram dan enjin pencarian, Google bermula 21 Julai ini sekiranya syarikat induk gagal berdaftar di bawah Penyelenggara Sistem Elektronik (PSE) Sektor Swasta, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia.

Tarikh akhir bagi syarikat-syarikat gergasi media sosial itu untuk membuat pendaftaran PSE adalah pada hari ini.

Menterinya, Johnny G. Plate berkata, dalam peraturan pendaftaran PSE, kerajaan tidak memandang sama ada syarikat itu dari dalam negara atau luar negara.

Ini kerana kementerian menerapkan perkara yang sama iaitu semua PSE diwajibkan berdaftar.

“Semua pengendali sistem elektronik swasta atau perusahaan milik negara mesti mendaftar untuk PSE untuk memenuhi keperluan undang-undang kami selewat-lewatnya pada 20 Julai.

“Pendaftaran adalah mudah kerana ia dilakukan secara online, jadi tiada sebab untuk memberi alasan berkaitan masalah mendaftar,” tegas Johny.

Beliau memaklumkan bahawa beberapa syarikat besar telah mendaftar sebagai PSE termasuk Gojek, Traveloka, Tokopedia, Ovo, TikTok, Resso, Spotify, Capcut, Helo, Dailymotion, Mi Chat dan Linktree. 

PSE Sektor Swasta merupakan penyelenggaraan sistem elektronik oleh individu, organisasi atau pertubuhan yang menyediakan, mengelola atau mengendalikan penawaran atau penjualan barangan serta perkhidmatan secara online. – Agensi

POPULAR