BERDASARKAN satu kajian terkini mendapati, virus corona yang menyebabkan Covid-19 boleh bertahan hidup pada daging ataupun ikan beku selama 30 hari.
Menurut penyelidik, mereka melakukan kajian tanpa menggunakan virus corona sebenar.
Sebaliknya, penelitian dilakukan menggunakan daging ayam, lembu dan salmon serta melibatkan penggantian virus yang ada spike mirip SARS-CoV-2.
Pembantu Profesor Kesihatan di Universiti Campbell di Buies Creek, New York, Amerika Syarikat, Emily Bailey berkata, pasukan penyelidik menyimpan produk itu dalam peti sejuk dengan suhu 4 darjah Celsius serta suhu -20 darjah Celsius.
“Tujuan kami adalah untuk menyelidik apakah virus serupa dapat bertahan hidup dalam lingkungan ini atau tidak.
“Ada tiga jenis virus yang digunakan sebagai pengganti dalam penyelidikan ini,” jelasnya.
Hasilnya mereka menemukan, virus boleh dibiakkan setelah dibekukan untuk waktu lama.
Mereka melakukan penyelidikan tersebut setelah mengetahui wabak Covid-19 yang berlaku di Asia Tenggara tanpa adanya penularan dalam komuniti.
Sebelum ini terdapat laporan ada menyebut, produk daging beku yang dikeluarkan di wilayah ynhg mana virus tersebut beredar diduga menjadi sumber penyebaran virus berkenaan.














