fbpx

Polis cari dua lelaki simbah cat Crackhouse Comedy Club

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan restoran Crackhouse Comedy Club yang disimbah cat awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan dua lelaki yang disyaki menyimbah cat berwarna hitam dan merah ke arah papan tanda restoran Crackhouse Comedy Club yang berlaku di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini awal pagi tadi.

Difahamkan, tindakan kedua-dua individu tersebut menyebabkan cat hitam turut terkena pada bahagian pintu utama sebuah bank.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, polis menerima laporan daripada pekerja serta pemilik kedua-dua premis berkenaan awal pagi tadi.

“Susulan itu, semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati dua lelaki menaiki kereta jenis Proton Waja telah membaling dua plastik berisi cat merah dan hitam ke arah papan tanda Crackhouse Comedy Club sekitar pukul 4.15 hingga 5.09 pagi tadi.

“Namun, sebahagian daripada cat hitam yang dibaling ke restoran telah terkena pada pintu utama sebuah bank menyebabkan kerugian kira-kira RM3,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Amihizam, siasatan awal polis mendapati pengadu dalam kes ini tidak mengesyaki sesiapa.

Jelasnya, rakaman CCTV yang diperolehi akan dihantar ke Jabatan Forensik untuk mendapatkan analisa pakar dan kes disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI