fbpx

Pembantu kedai ditahan maki, tuduh polis ambil rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PASIR PUTEH – Tindakan seorang pembantu kedai yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis mengundang padah apabila dia ditahan dalam Op Pematuhan yang dijalankan di belakang sebuah stesen minyak di sini semalam.

Dalam tangkapan pada pukul 8 pagi itu, lelaki yang berusia 27 tahun turut bertindak menuduh anggota polis bertugas mengambil rasuah selepas tidak berpuas hati terhadap saman yang dikenakan terhadapnya.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, suspek pada awalnya ditahan selepas melakukan tiga kesalahan trafik iaitu mengabaikan isyarat lalu lintas, lesen kenderaan tamat tempoh dan tiada insurans perlindungan semasa menunggang motosikal.

Menurutnya, selepas saman terhadap lelaki itu dikeluarkan, suspek yang tidak berpuas hati terus melemparkan kata-kata kesat kepada anggota polis.

“Lelaki itu berkata ‘mudahnya polis cari pitih air (rasuah)’ kepada anggota bertugas. Anggota polis menerangkan akibat daripada tuduhan itu, namun suspek tidak mengendahkan nasihat itu sebelum berkata ‘bodoh’.

“Siasatan mendapati, lelaki itu bekerja sebagai pembantu kedai runcit di Taman Sri Aman di sini. Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine, namun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zaizul Rizal, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI