fbpx

MDEC berunding dengan MOF dapatkan dana pelaksanaan ESG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahadhir (tengah) menyaksikan majlis pertukaran dokumen antara Naib Presiden Kanan MDEC, Dr. Sumitra Nair (kiri) dan Faroze (kanan) semasa Majlis Menandatangani MoU antara MDEC dan UNGCMYB di MDEC, Cyberjaya, hari ini.-Foto FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

CYBERJAYA – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sedang dalam proses rundingan bersama Kementerian Kewangan (MOF) bagi mendapatkan dana untuk menggalakkan syarikat-syarikat digital mengutamakan pelaksanaan program berfokuskan alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG).

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz berkata, pelaksanaan ESG adalah agenda penting kepada negara dan MDEC sangat komited menggalakkan adaptasi amalan kemampanan dalam ekosistem ekonomi digital.

“Buat masa ini kita tiada dana khusus untuk ESG tetapi kami sedang bekerja dengan MOF bagi mendapatkan pengkhususan sesetengah dana bagi tujuan itu.

“Kita tidak mahu memberi harapan (mengenai dana) kepada perusahaan kecil dan sederhana kerana sekarang ini fokus utama adalah menyediakan kesedaran juga akses kepada kit alatan serta fasiliti sedia ada,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara MDEC dengan Rangkaian Kompak Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia dan Brunei (UNGCMYB) di sini, hari ini.

Terdahulu pada 7 Julai lalu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan komited untuk mengutamakan program dan projek pembangunan berfokuskan ESG seperti yang digariskan dalam penyata pra-belanjawan 2023.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI