fbpx

Mangsa kelima kemalangan P. Pinang meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harris menunjukkan gambar arwah Mohd. Haziq ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik HPP, George Town di sini petang tadi. /FOTO IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Seorang lagi mangsa kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu di sini pada Ahad lalu disahkan meninggal dunia menjadi jumlah yang maut lima orang setakat hari ini.

Mangsa, Mohd. Haziq Harris, 34, yang mengalami kecederaan dalaman disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pulau Pinang (HPP) pada pukul 2.15 petang tadi.

Ketika ini, urusan bedah siasat ke atas mayat mangsa dijalankan di Jabatan Forensik HPP sebelum dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Elong, Kepala Batas malam ini.

Bapa mangsa, Harris Shariff, 71, berkata, dia terkejut menerima berita mengenai kematian anak ketiga daripada empat beradik itu petang tadi setelah dua hari dimasukkan ke hospital.

Menurutnya, kali terakhir dia menemui Mohd. Haziq pada pukul 11.30 malam, Sabtu lalu sebelum anaknya keluar bersiar-siar dengan menunggang motosikal ke Pulau Pinang.

“Luluh hati saya sebaik mendapat tahu dia terlibat kemalangan pada pukul 6 pagi, Ahad lalu. Saya terus bergegas dari rumah di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani ke Pulau Pinang.

“Saya sudah pesan jangan pergi sebab sudah malam, namun dia beritahu akan pulang pagi esok (Ahad).

“Pada pukul 3 petang sebelum itu, dia sudah membeli barang keperluan rumah termasuk makanan untuk saya dan kucing peliharaan,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik HPP.

Dalam kejadian kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi Ahad lalu, seramai empat penunggang motosikal maut manakala tiga lagi mengalami kecederaan.

Mereka yang terkorban ialah Muhamad Shazwan Hakim, 22, Muhamad Eizreel Muhamad Roszadi, 25, Ahmad Haikal Naif Ahmad Nazrul ,19 dan Muhammad Harith Zikri Yusnizar, 17. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI