fbpx

KPM sedia aktifkan pelan dan SOP kesihatan di institusi pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersedia untuk mengaktifkan pelan kontigensi kesihatan susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19 dan penularan Penyakit Seperti Influenza (ILI) ketika ini.

Bagaimanapun, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, sebelum pelan itu dilaksanakan, ia perlu mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) terlebih dahulu.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa berbincang dengan KKM berhubung situasi semasa jangkitan Covid-19 dan penularan ILI khususnya membabitkan murid di sekolah.

“Dalam tempoh dua tahun lalu, banyak perkara yang kita pelajari dan apa yang paling penting adalah kita mematuhi setiap protokol dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan KKM.

“Insha-Allah perbincangan ini tetap kita lakukan sentiasa walaupun dalam keadaan influenza dan covid yang sedikit meningkat ketika ini bagi memastikan sesi persekolahan dalam keadaan selamat dan teratur,” katanya selepas melancarkan Liga Tunas Malaysia di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, KKM bersiap siaga untuk menambah keperluan kemudahan katil di hospital susulan peningkatan kes Covid-19 dan ILI.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI