fbpx

KDN, KSM setuju intergrasi sistem pengambilan pekerja Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) bersetuju untuk mengintegrasikan sistem sedia ada bersama Indonesia bagi urusan pengambilan pekerja.

Menteri Sumber Manusia, M. Saravanan berkata, satu mesyuarat telah diadakan supaya perbincangan segera diadakan bersama KDN, KSM dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Duta Indonesia untuk menyelesaikan masalah ini.

“Kita telah bersetuju dari segi dasar untuk mengintegrasikan sistem sedia ada dengan sistem yang dicadangkan oleh pihak Indonesia supaya kedua-dua negara mempunyai maklumat yang sama.

“Ini kerana Indonesia berpendapat bahawa mereka tiada pengetahuan dan maklumat mengenai pekerja mereka yang masuk sebagai pelancong dan akhirnya dikeluarkan permit bekerja oleh Malaysia,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Loke Siew Fook (Seremban) yang ingin mengetahui mengapa Kerajaan Malaysia gagal mematuhi syarat-syarat yang termaktub dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara malaysia dan Indonesia sehingga menyebabkan pihak Indonesia membekukan penghantaran pekerja ke Malaysia.

Mengulas lanjut, Saravanan menjelaskan bahawa tiada sebarang syarat diberikan untuk memansuhkan sistem sedia ada seperti yang dinyatakan di dalam MoU berkenaan.

Katanya, kekeliruan tersebut telah menyebabkan penangguhan sementara pekerja warga Indonesia ke Malaysia dan bukan membekukan.

“Apa yang telah dinyatakan dalam MoU adalah menggunakan sistem yang sedia ada di Indonesia untuk pengambilan pekerja asing.

“Tetapi ia tidak mensyaratkan jika kita akan mansuhkan sistem yang kita ada. Semalam kita telah adakan perbincangan dengan pihak Indonesia dan saya yakin perkara ini akan diselesaikan dalam masa yang terdekat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI