fbpx
Ustaz Azhar.

Haram sembahyangkan jenazah individu hina Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Jenazah individu yang menghina agama Islam adalah haram disembahyangkan, jelas penceramah selebriti Ustaz Azhar Idrus.

Katanya menerusi satu ceramah baru-baru ini, fatwa ahli sunnah wal jamaah menyebut individu tersebut telah diisytiharkan kafir murtad walaupun mengaku dia adalah Islam.

“Elok letak nama dan mukanya di papan tanda masjid-masjid, kalau dia mati kita tidak boleh dan haram sembahyang serta kebumikan jenazah tersebut.

“Orang yang menghina Islam dan nabi-nabi ini sudah murtad, bukan itu sahaja siapa yang menentang dan menyebelahi orang bukan Islam juga adalah munafik,” ujarnya.

Tambah Azhar, orang munafik di akhirat nanti akan berada di neraka paling bawah.

Orang Islam maki dan hina Islam, hina nabi, hina al-Quran jelasnya sememangnya secara jelas murtad dan kafir.

“Sekarang ini ada orang kafir yang menentang dan menghalang ulama-ulama, penceramah-penceramah kita untuk perjuangan Islam, ada orang Islam yang menyokong mereka ini adalah munafik.

“Kaum munafik yang ada dalam golongan ini akan berada dalam neraka paling bawah,” ujarnya lagi. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR