fbpx

Bekas pembaca berita dilaporkan hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zalina yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.

SHAH ALAM – Seorang bekas pembaca berita sebuah televisyen swasta dilaporkan hilang sejak November tahun lalu masih belum ditemui sehingga kini.

Personaliti tersebut adalah Zalina Shaharah Azman, 57, yang terkenal sebagai pembaca berita program Money Matters selain mengacara beberapa rancangan popular sekitar tahun 90-an dan awal 2000.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, mangsa dilaporkan hilang oleh anak lelaki berusia 33 tahun pada 29 November tahun lalu.

Katanya, anaknya itu cuba mencari dan menghubungi ibunya sejak 24 November tahun sama bagi memaklumkan datuk mereka ( bapa Zalina) dimasukkan ke hospital namun gagal.

“Anak lelakinya dan bapa saudaranya kemudiannya mencari di rumah Zalina di Seksyen 3 di sini dan mendapati kenderaan ibunya di tepi rumah.

“Pemeriksaan di rumah mendapati tidak tersusun dan menemui beg duit milik zalina yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kunci dan wang tunai RM600. Bagaimanapun Zalina tidak dijumpai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, segala usaha mencari wanita berkenaan telah dijalankan namun gagal menemuinya sehingga kini.

Justeru, Mohd. Iqbal menjelaskan pihak polis membuat hebahan berkaitan kehilangan mangsa kepada umum bagi membantu siasatan kes terbabit.

“Mangsa mempunyai ketinggian 158 sentimeter dengan berat 60 kilogram selain berkulit hitam manis dan kurus.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI