fbpx

Banjir Baling: Nafas salur bantuan kewangan RM120,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zamri (dua dari kanan) pada majlis penyampaian sumbangan bantuan banjir kepada ahli PPK di PPK Kawasan Baling, hari ini.

BALING – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) menyediakan peruntukan kira-kira RM120,000 bagi membantu lebih 600 ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Baling yang menjadi mangsa kepala air dan banjir di Kupang di sini pada 4 Julai lalu.

Pengerusi Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Zamri Yaakob berkata, bantuan berupa wang tunai sebanyak RM200 seorang itu disampaikan kepada ahli terlibat bermula hari ini.

“Hari ini saya menyampaikan sumbangan tersebut kepada 150 ahli PPK kawasan ini yang terjejas akibat kepala air dan banjir di beberapa kampung di Kupang, baru-baru ini.

“Sumbangan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini diharapkan dapat meringankan sedikit beban kerugian ditanggung ahli peladang yang dilanda bencana tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan wang tunai serta barangan lain di PPK kawasan ini di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa terlibat didapati bukan sahaja berdepan kemusnahan tanaman atau ternakan, malah kerosakan harta benda dan kediaman.

“Nafas diperingkat induk sentiasa melihat keperluan ahli yang perlu diberi bantuan dengan peruntukan sewajarnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI