fbpx

3,080 kes baharu Covid-19 semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,080 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam dengan satu kes import menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia sebanyak 4,588,222 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 3,399 kes sembuh juga telah direkodkan dengan jumlah kumulatif kes sembuh dalam negara kini mencecah 4,548,014.

“Selangor terus mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 860 kes diikuti Kuala Lumpur (817), Putrajaya (152), Perak (229), Sabah (224) Pulau Pinang (169), Negeri Sembilan (165), Melaka (105) dan Kedah (93).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian semalam adalah Johor (86), Kelantan (64), Pahang (42), Sarawak 39), Terengganu (24), Labuan (enam) dan Perlis (lima),” demikian maklumat tersebut hari ini.

Pada masa sama, sebanyak 10 kematian telah dilaporkan dengan tiga kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 35,862 dan BID 7,608.

Sebanyak 40,622 kes dikuarantin di rumah, 34 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,472 kes di hospital, 20 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 37 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI