fbpx

20 pusat hiburan digempur, 3 tokan dadah ditahan dalam tempoh 3 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pusat hiburan yang diperiksa menerusi operasi secara besar-besaran di ibu kota bermula 15 Julai lalu.

KUALA LUMPUR – Dua warga asing antara tiga tokan dadah yang berjaya ditahan bersama 180 pengunjung menerusi operasi khas di 20 pusat hiburan dalam tempoh tiga hari bermula 15 Julai lalu sehingga kelmarin.

Difahamkan, operasi itu dijalankan hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, JSJN Bukit Aman serta Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, sebanyak 20 serbuan dijalankan ke atas premis hiburan di sekitar ibu negara.

“Hasil serbuan, kita telah menahan tiga individu yang terdiri daripada seorang warga tempatan, warga Iran dan warga Bangladesh yang dikenalpasti sebagai pembekal atau tokan dadah di pusat hiburan.

“Selain itu, seramai 180 individu turut diberkas atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, turut dirampas pelbagai jenis dadah termasuk kokain seberat 1.46 gram, serbuk MDMA (444.34 gram), ketamin (21.82 gram), ekstasi (13.26 gram) dan pil erimin 5 (2.79 gram).

Jelasnya, kesemua kes disiasat dibawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambahnya, tiga saman turut dikeluarkan ke atas premis hiburan yang tidak mempunyai lesen perniagaan sah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI