fbpx

Siti Nuramira, teman lelaki dijangka bayar ikat jamin hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Nuramira (kiri) diiringi anggota polis tiba untuk didakwa atas kes menghina agama Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismai di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Wanita yang mencetuskan kontroversi Siti Nuramira Abdullah dan kekasihnya V. Alexander Navin berkemungkinan akan bebas selepas wang ikat jamin RM40,000 telah berjaya dikumpul.

Perkara itu dimaklumkan peguam Siti Nuramira R.Sivaraj ketika dihubungi di sini hari ini.

“Jamin hari ini,” kata peguam itu ringkas.

Difahamkan penjamin bagi kedua-dua tertuduh akan ke mahkamah Kuala Lumpur dan Petaling Jaya bagi urusan ikat jamin akan hadir pada hari ini.

Pada 13 Julai lalu, Siti Nuramira, 26, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen sini atas pertuduhan menyebabkan rasa tidak harmoni di kalangan sesama Islam.

Mengikut pertuduhan, Siti Nuramira didakwa telah mengaku bahawa dia adalah seorang muslim dan telah menghafal 15 Juzuk al-Quran dan kemudiannya bertindak membuka tudung serta menanggalkan baju kurung sewaktu membuat persembahan di atas pentas.

Ia yang mana perbuatan itu boleh menyebabkan suasana tidak harmoni di atas alasan-alasan agama di antara orang-orang yang menganut agama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Restoran Crack House Comedy Club, Tingkat 1, 24 Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) di sini pukul 6 petang pada 4 Jun lalu (2022).

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 298A (1)(a)  Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda minima dua tahun dan tidak lebih lima tahun jika sabit kesalahan.

Siti Nuramira kemudian dibenarkan diikat jamin RM20,000 berserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali selain pasport diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh dilarang memuat naik di media sosial berhubung prosiding kes ini.

Sementara di Mahkamah Sesyen Petaling Alexander Navin, 38, turut mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video jelik di laman sosial Instagram serta YouTube, bulan lepas.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, lelaki itu didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Instagram menggunakan nama profil Twitter ‘greenleafyconnoiseur’ dan YouTube dengan nama profil ‘Alex & Amy @ insta Greenleafyconnoiseur’ pada 5 Jun dan 16 Jun lepas.

Kedua-dua hantaran itu dibaca di Kondominium Perdana View, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana di sini, pukul 10.30 pagi pada 9 Julai lepas.

Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian turut membenarkan tertuduh diikat jamin jumlah sama dengan seorang penjamin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI