fbpx

Rahsia rejim senaman Karina Aespa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KARINA AESPA

PENYANYI Karina sentiasa mendapat pujian daripada peminat kerana memiliki visual dan fizikal yang sempurna bagi seorang artis idola.

Tetapi ironinya, semua itu tidak datang tanpa usaha yang keras selama bertahun-tahun sejak dia menjadi pelatih.

Karina bersama anggota Aespa yang lain menjadi tetamu dalam rancangan The Manager dan dia berkongsi tentang rutin senaman yang dilakukannya.

Rancangan tersebut memaparkan aktiviti Karina melakukan senaman sambil dibantu jurulatih peribadi yang banyak membantunya sepanjang bersenam.

Paling mengejutkan, Karina melakukan bentuk senaman yang agak berat iaitu bebanan untuk menguatkan bahagian kaki.

Meskipun nampak sukar, tetapi penyanyi itu tidak pernah lekang dengan senyuman sepanjang melakukan aktiviti berkenaan.

Malah, dia juga tidak menolak untuk menambah tahap bebanan alat senaman ketika ditanya oleh jurulatihnya sekali gus membuatkan peminat kagum.

Hal ini kerana, Karina masih mampu melakukan senaman itu dengan baik meskipun memiliki bentuk dan saiz badan yang kecil.

Kata Karina, dia melakukan rutin senaman sebegitu sejak tiga tahun lalu sebelum memulakan debut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI