fbpx
Para pemain dan barisan kejurulatihan skuad B-19 negara selamat tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang sebentar tadi. Foto oleh MUHD. ARDIE PUTRA SUHAIMI

Piala AFF B-19: Bukti ‘ubi muda’ negara masih padu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Ketua jurulatih skuad bawah 19 (B-19) negara, Hassan Sazali Waras mengakui puas apabila dapat membuktikan Malaysia tidak ketandusan pemain muda berbakat selepas menjuarai Piala AFF B-19 2022 semalam.

Sebagai rekod, skuad muda Harimau Malaya berjaya menjulang trofi Piala AFF B-19 buat kali kedua dalam sejarah selepas menewaskan Laos pada aksi final dengan keputusan 2-0 pada saingan di Stadium Patriot Chandrabaga, Jakarta semalam.

Kata Hassan, kejayaan yang dikecapi di negara jiran itu adalah petanda bahawa ‘ubi muda’ skuad bola sepak negara masih lagi mampu memberi saingan sengit di peringkat antarabangsa.

“Kejuaraan yang kita raih pada kempen Piala AFF B-19 semalam adalah bukti bahawa kita tidak ketandusan pelapis selain apa yang dilakukan di peringkat akar umbi ketika ini berada di landasan yang tepat.

“Namun, misi tahun ini masih belum selesai dan saya harap dapat barisan pemain dapat meneruskan momentum pada kelayakan Piala Asia B-20 pada September depan,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) sebentar tadi.

Hassan yang juga pengendali skuad Projek FAM-MSN membantu skuad muda Harimau
Malaya meraih kejuaraan kedua pada kejohanan berprestij ini selepas edisi 2018 yang turut dilangsungkan di Indonesia.-KOSMO! ONLINE

POPULAR