fbpx

Liga Premier : KUFC, PDRM FC terikat 1-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain KUFC meraikan jaringan pertama perlawanan menentang PDRM FC di Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi. FOTO IHSAN KUFC

Oleh MUSTAQIM MOHAMED

KOTA BHARU – Kelantan United FC (KUFC) hanya mampu meraih satu mata selepas diikat 1-1 oleh PDRM FC di laman sendiri dalam aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

PDRM FC yang dibimbing Wan Rohaimi Wan Ismail melakukan serangan bertali arus pada babak pertama sehingga mendapat beberapa peluang keemasan untuk membolosi gawang gol tuan rumah.

KUFC bangkit pada babak kedua dengan jaringan pembukaan pada minit ke-59 menerusi tandukan kencang Mohamad Amirul Shafik Che Soh yang menyudahkan umpanan hasil sepakan penjuru Nik Akif Syahiran Nik Mat.

Tersentak dengan jaringan tersebut, PDRM FC terus melakukan serangan sebelum berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-86 menerusi pemain gantian, Mohamad Nabil Ahmad Latpi.

Kedudukan 1-1 kekal sehingga ke wisel penamat perlawanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI