fbpx

Katak mati hidu bau kaki suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Brian menolak dakwaan bahawa kakinya berbau dan menyebabkan seekor kata mati. - Kennedy News and Media

LONDON – Seorang wanita di Britain mendakwa bahawa kaki suaminya berbau busuk sehingga menyebabkan seekor katak mati selepas masuk ke dalam kasutnya, lapor akhbar Mirror UK, semalam. 

Apabila Gemma Tyson, 40, mengalihkan kasut jenama Nike Air Max milik Ben Tyson, 36, pada Sabtu lalu, dia menyedari terdapat bangkai seekor katak sepanjang 7.62 sentimeter.

Imej menunjukkan katak itu terlentang dengan sebelah kaki menutupi mulutnya seolah-olah terhidu ‘gas beracun’. 

Gemma membuat kesimpulan bahawa bau kaki suaminya telah membunuh katak itu. 

Wanita itu turut menggelar suaminya lelaki yang tidak kemas dan kerap memberi masalah kepada tukang cuci mereka.

Bagaimanapun, Brian menolak dakwaan kakinya berbau. Dia mengatakan bahawa bau kuat itu datang daripada salah seekor daripada empat kucing Bengal mereka yang menjatuhkan katak itu ke dalam kasutnya.

Isterinya bagaimanapun tidak percaya dan berkata, dia perlu menyembur wangian pada kasut sukan Brian atau meletakkannya di luar rumah pada waktu malam untuk mengelakkan haiwan lain mati. 

Ibu kepada tiga anak itu memuat naik kejadian itu di laman Facebook baru-baru ini.

“Saya memberitahu suami bahawa kasut sukannya berbau. Nampaknya seekor katak masuk ke dalamnya dan bau itu membunuhnya,” demikian hantaran Gemma. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI