fbpx

Bon Odori lancar dengan kehadiran 50,000 pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Para Pengunjung berpakaian tradisional jepun, Kimono melakukan tarian ketika festival yang berlangsung di Stadium Penasonic, Shah Alam, hari ini.FOTO : ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Festival Bon Odori di Kompleks Sukan Negara Shah Alam Panasonic di sini, berjalan lancar dengan kehadiran lebih 50,000 pengunjung hari ini.

Tinjauan mendapati kawasan kompleks itu mula dipenuhi orang ramai sejak pukul 4 petang dengan pemantauan ketat oleh pihak berkuasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad berkata, kehadiran pengunjung festival kali ke-46 itu mencatatkan peningkatan berbanding kali terakhir dilaksanakan pada 2019.

“Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar selepas program itu tertangguh akibat pandemik Covid-19 lebih dua tahun lalu.

“Jumlah terakhir pengunjung sebelum ini lebih 40,000 orang dan ia meningkat lebih 50,000 iaitu paling ramai setakat ini,” katanya ketika ditemui pada festival itu malam tadi.

Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari turut hadir meluangkan masa menyaksikan festival kebudayaan Jepun berkenaan, kira-kira pukul 8.15 malam dan disambut oleh Duta Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko.

Festival Bon Odori menjadi polemik dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad kajian yang dibuat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati program itu mempunyai unsur keagamaan.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah tidak mahu pihak tertentu khususnya ahli politik menggunakan isu sensitiviti agama untuk kepentingan peribadi dan meraih populariti selain tidak wenangnya melabelkan sesuatu perkara itu negatif tanpa membuat kaji selidik mendalam.

Selain itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) turut dititahkan tidak mengambil pendirian dan sikap menyekat program festival itu. Di samping itu, JAIS dan Majlis Bandaraya Shah Alam juga dititahkan untuk hadir ke majlis tersebut bagi melihat sendiri apa yang berlaku di dalam program tersebut. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI