fbpx

53 peratus rakyat dewasa tidak jalani saringan kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin (kiri) mengedarkan bag risalah kepada orang ramai selepas pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) peringkat negeri Perak dan Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan di Meru Raya, Ipoh hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Dianggarkan sebanyak 53 peratus rakyat dewasa negara ini tidak menjalani saringan kesihatan dalam tempoh setahun yang lepas.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, angka itu menggambarkan kesedaran terhadap saringan kesihatan dalam kalangan rakyat masih rendah.

Sehubungan itu katanya, Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) dilaksanakan sebagai usaha menggalakkan rakyat terutama golongan berumur 40 tahun dan ke atas menjalani saringan kesihatan secara berkala.

“Inisiatif ini juga menyasarkan seramai 1.5 juta rakyat berusia 40 tahun dan ke atas yang tidak pernah melakukan saringan kesihatan atau telah lama tidak menjalani saringan, disaring mulai bulan ini hingga Disember depan.

“Kita harap inisiatif ini beri kesedaran kepada mereka terutama bagi yang pertama kali. Amalan terbaik selepas usia 40 tahun, (jalani saringan kesihatan) setahun sekali.

“Jika tidak mahu buat imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) pun, buatlah ujian darah. Itu permulaan yang baik,” katanya pada pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat peringkat negeri dan Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan di Bulatan Azlan Shah, Meru Raya di sini hari ini.

Menurut Khairy Jamaluddin, klinik-klinik swasta diminta terlibat sama melaksanakan program turun padang ke kampung-kampung dan kawasan pedalaman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI