fbpx

Kadar positif Covid-19 harian Indonesia melepasi tahap selamat WHO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pertambahan penduduk menjalani ujian saringan menyumbang kepada trend meningkat kadar positif harian di Indonesia. - detik.com

JAKARTA – Kadar positif ha­rian atau nisbah kes penduduk yang terdedah kepada Covid-19 di Indonesia mencapai angka 5.88 peratus, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Jumlah itu melebihi paras selamat yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu kurang daripada lima peratus.

Peningkatan kadar positif itu berlaku seiring dengan pe­ningkatan jumlah kes Covid-19 yang direkodkan di negara Asia Tenggara berkenaan.

Pada minggu lalu, peningkatan kes adalah 34.85 peratus lebih tinggi daripada minggu sebelumnya.

Dalam tempoh 7 hingga 13 Julai lalu, jumlah kumulatif kes Covid-19 yang disahkan adalah sebanyak 19,498 kes. Angka itujauh lebih tinggi daripada tempoh sebelumnya dari 30 Jun hingga 6 Julai 2022 yang mencatatkan 14,459 kes.

Selain itu, angka kematian akibat Covid-19 juga menunjukkan trend peningkatan.

Sepanjang tempoh 30 Jun hingga 6 Julai, terdapat 48 kes kematian Covid-19 berbanding 39 kes minggu sebelumnya.

Peningkatan kedua-dua keadaan itu turut dipengaruhi oleh pertambahan bilangan penduduk yang menjalani ujian saringan kepada 6.44 peratus.

Gelombang baharu Covid-19 itu sememangnya dijangka oleh Kementerian Kesihatan Indonesia berikutan penularan subvarian Omicron B.A 4 dan B.A 5. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI