fbpx

Wanita cedera cuba diragut lepas beli sarapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SABAK BERNAM – Seorang wanita cedera semasa cuba diragut dua lelaki bermotosikal selepas membeli sarapan pagi di Taman Ria, Sekinchan di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 59 tahun menunggang motosikal bersendirian di sekitar kawasan perumahan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, siasatan mendapati wanita itu dihampiri sebuah Yamaha Y15Z berwarna gelap dinaiki dua lelaki.

“Motosikal ditunggang mangsa kemudian dihimpit suspek sehingga dia terjatuh dan cedera pada lutut kiri.

“Suspek seterusnya cuba meragut gelang emas dipakai mangsa, namun gagal lalu melarikan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, mangsa yang baru membeli sarapan di sebuah gerai berdekatan lokasi kejadian tampil membuat laporan di Balai Polis Sekinchan untuk tindakan lanjut.

Tambah Agus Salim, usaha mengesan suspek kedua-dua suspek berkenaan sedang dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI