fbpx

Suami isteri direman kes tuntutan palsu Penjana Kerjaya RM1.18j

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua suspek diringi pagawai SPRM di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, Melaka, hari ini. Pix/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

MELAKA – Sepasang suami isteri direman lima hari bermula hari ini selepas dipercayai mengemukakan tuntutan palsu dana insentif Program Penjana Kerjaya (Penjana Kerjaya) bernilai RM1.18 juta, sejak dua tahun lalu.

Perintah reman sehingga 18 Julai itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Melaka, Mohamad Izwan Mohamed Noh terhadap kedua-dua suspek yang berusia 54 dan 49 tahun.

Tempoh tahanan reman itu dikeluarkan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen Kesalahan 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.

Terdahulu, pasangan itu tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 9.50 pagi dengan hanya suspek lelaki memakai baju lokap SPRM bewarna jingga, manakala si isteri memakai baju kelabu.

Proses permohonan reman itu selesai kira-kira 30 minit kemudian.

Difahamkan pasangan itu ditahan pada pukul 5 petang semalam di pejabat SPRM Melaka di Alai selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan mengemukakan tuntutan palsu di bawah dana Penjana Kerjaya berjumlah RM1,182,600.

Suspek yang merupakan pemilik sebuah syarikat di negeri ini disyaki melakukan kesalahan itu antara tahun 2020 sehingga tahun ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI