fbpx

Musim umrah baharu bermula 30 Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - Arab News

JEDDAH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan bahawa musim baharu umrah akan bermula pada 1 Muharram 1444 bersamaan 30 Julai 2022, lapor akhbar Saudi Gazette.

Permintaan untuk pengeluaran visa bagi jemaah haji yang datang dari semua negara di dunia bagi menunaikan ibadah umrah dan melawat Masjid Nabawi di­terima mulai 14 Julai 2022 (15 Dzul Hijjah).

Kementerian sama dalam satu kenyataan akhbar berkata, umrah untuk jemaah dari dalam dan luar negara akan bermula pada 30 Julai ini (1 Muharram).

Syarat-syarat pengeluaran visa umrah boleh didapati dengan melayari pautan: https://haj. gov.sa/ar/InternalPages/Umrah.

Permit berkenaan juga boleh dikeluarkan kepada jemaah haji domestik melalui aplikasi Eatmarna.

Perkara itu adalah selaras dengan sistem bersepadu perkhid­matan kesihatan dan langkah-langkah yang diluluskan oleh pihak berkuasa Arab Saudi untuk menjaga keselamatan dan kesihatan jemaah haji serta pelawat lain.

Ejen asing yang mahu memberikan perkhidmatan kepada jemaah umrah dan pengunjung ke Masjid Nabawi boleh mengemukakan permohonan menerusi portal Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Mereka harus mematuhi peraturan yang diterangkan dalam portal kementerian berkenaan termasuk melampirkan dokumen dan data berkaitan pendaftaran komersial, keahlian Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan beberapa data peribadi.

Perlu dimaklumkan bahawa Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sedang bekerjasama dengan pihak-pihak berkaitan bagi penyelarasan langkah kesihatan pencegahan Covid-19.

Ini termasuk mendapatkan pelalian yang diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi dan melam­pirkan sijil imunisasi sebagai tambahan kepada pengakuan kebenaran maklumat pemohon. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI