fbpx

Dua rayuan Rosmah singkir hakim 22 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosmah ketika hadir di Mahkamah Tinggi di sini baru-baru ini

KUALA LUMPUR – Mahkamah Rayuan menetapkan 22 November ini bagi mendengar dua rayuan Datin Seri Rosmah Mansor untuk menyingkirkan Hakim Mohamed Zaini Mazlan daripada mendengar perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai yang dihadapinya.

Tarikh itu ditetapkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Tan Chai Wei pada pengurusan kes melalui sidang video hari ini. Pada sesi itu, pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn.

Peguam Datuk Geethan Ram Vincent yang mewakili isteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu wakil media, pihak-pihak dikehendaki memfailkan penghujahan bertulis pada 8 November ini.

Isteri bekas Perdana Menteri merayu terhadap dua keputusan Hakim Mohamed Zaini pada 14 Disember 2021 dan 25 April lalu yang menolak permohonan agar hakim itu menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.

Bekas Wanita Pertama Malaysia itu bagaimanapun berjaya menggantung perbicaraan kes sementara menunggu rayuannya berhubung keputusan untuk menyingkirkan hakim itu diputuskan.

Hakim Mohamed Zaini menyatakan permohonan kali kedua Rosmah berdasarkan alasan yang sama dikemukakan dalam permohonan kali pertamanya.

“Perbezaannya, pemohon (Rosmah) kali kedua memasukkan alasan bahawa saya telah mendengar kes lucut hak membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kes pindaan laporan audit 1MDB.

“Dalam kes lucut hak tersebut, saya telah menolak permohonan pihak pendakwaan untuk pelucutan hak aset-aset membabitkan harta pemohon sendiri manakala kes laporan audit langsung tidak ada kena mengena dengan dirinya,” ujar hakim berkenaan.

Kali pertama permohonan Rosmah ditolak ialah pada 14 Disember 2021.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI