fbpx

15 lagi bahan binaan di bawah VOP – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (dua dari kanan) beramah mesra dengan kontraktor selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pahang kali ke-38 di Dewan Rakan Muda Bera di sini hari ini.

BERA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bersetuju menambah 15 lagi bahan-bahan binaan di bawah kaedah Pengiraan Perubahan Harga (VOP) menjadikan berbanding hanya empat bahan binaan yang dilaksanakan VOP sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sedia maklum dengan kenaikan mendadak harga bahan binaan berikutan ketidaktentuan ekonomi global dan konflik geo politik Rusia-Ukraine.

“Saya difahamkan harga bahan-bahan binaan termasuk besi meningkat sehingga 180 peratus.

“Oleh itu kerajaan telah mengambalikan semula VOP bagi memastikan projek dapat disiapkan tepat pasa masannya dengan melaksanakan VOP terhadap empat jenis bahan binaan dan hari ini saya umumkan 15 lagi VOP dalam senarai berkenaan,”katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pahang kali ke-38 di Dewan Rakan Muda Bera di sini hari ini.

Empat bahan binaan yang dilaksanakan VOP sebelum ini adalah besi tetulang, batu baur, paip air dan pembentungan serta tembaga.

Antara bahan binaan baharu dijangka dimasukkan di bawah VOP adalah simen, besi, batu bata, kaca, bahan siling, bahan bumbung, kayu, papan lapis, kelengkapan kebersihan, jubin, paip, pasir, cat dan cerucuk.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan juga bersetuju menaikkan harga rumah bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

“Langkah ini adalah bagi membantu kontraktor kecil yang mengadu tidak ada untung melaksanakan projek PPR dan juga PPRT sebelum ini.

“Saya tidak tahulah berapa untungnya, tetapi insya-Allah ada untung dengan kenaikan harga rumah ini,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI