fbpx

Ismail Sabri hadir mesyuarat MKT UMNO malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Selepas tidak dilihat bersama pada majlis Taklimat Khas Presiden UMNO petang tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini.

Beliau tiba di pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (WTCKL) kira-kira pukul 8.40 malam tadi.

Difahamkan, beliau tidak dapat hadir pada majlis petang tadi kerana mempunyai program di Dataran Kerayong, Bera, Pahang pagi tadi.

Program berkenaan adalah pelancaran Inisiatif Digital Peruncitan (ReDI) peringkat kebangsaan dan penjenamaan semula program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM).

Mesyuarat MKT UMNO malam ini difahamkan akan membincangkan isu berkenaan pembubaran Parlimen dan hal-hal berkaitan persediaan UMNO untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI