fbpx

Polis tahan 2 lelaki disyaki terlibat kes bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Dua lelaki tempatan ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki warga asing di sekitar Kelana Jaya semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kedua-dua lelaki terbabit ditahan di sebuah rumah berhampiran lokasi mayat ditemui.

“Pada pukul 2.50 petang semalam, kita telah menerima maklumat awam berhubung kejadian seorang lelaki meninggal dunia selepas disyaki terjatuh dari tingkat 17 sebuah bangunan sekitar Kelana Jaya.

“Mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an itu ditemui tanpa pakaian serta tiada identiti dan telah disahkan mati oleh Pegawai Perubatan Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, susulan kejadian, polis telah menyerbu sebuah rumah di lokasi kejadian kira-kira pukul 10.15 malam dan menahan dua lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 40-an.

“Kedua-dua suspek ditahan selepas disyaki terlibat dalam kejadian pembunuhan tersebut. Polis turut merampas pelbagai barangan peribadi seperti telefon bimbit termasuk peralatan seks,” jelasnya.

“Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI