fbpx

Polis rekod keterangan pemandu BMW 330E 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran yang dimuat naik Natasya Nadia di Facebook semalam.

TANJUNG MALIM – Polis telah mengambil keterangan pemandu kereta BMW 330E yang terbabit kemalangan hingga menyebabkan tiga beranak cedera di Kilometer 385.6, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 7.30 malam itu tular dalam media sosial sejak semalam setelah dimuat naik seorang wanita yang mendakwa pemandu kereta BMW berkenaan melarikan diri selepas menyebabkan kenderaan dinaikinya terbabas.

Wanita yang dikenali dengan nama Natasya Nadia itu memaklumkan bayinya, Aqasha Alhaq, 4 bulan telah tercampak ke tengah jalan akibat insiden yang berlaku.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, pemandu lelaki berusia 30 tahun itu telah membuat laporan polis berkaitan kemalangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada pukul 3.17 petang, semalam.

Katanya, lelaki itu juga telah tampil ke IPD Muallim pada pukul 10 malam untuk direkod keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Dalam kejadian itu, pemandu BMW berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan melainkan kerosakkan pada kenderaan iaitu calar pada bahagian sisi belakang kanan dan rim tayar bahagian belakang sebelah kanan.

“Punca kemalangan adalah disebabkan mengubah haluan di mana kereta BMW yang sebelum itu berada di lorong tengah secara tiba-tiba masuk ke lorong kanan di hadapan laluan Proton Inspira,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, ketika kejadian, pemandu Proton Inspira berusia 30 tahun itu cuba mengelak dari melanggar kereta suspek namun kenderaan itu hilang kawalan dan terlanggar bahagian sisi belakang kanan BMW. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI