fbpx
Polis memberkas Yamagami sejurus selepas dia menembak Abe ketika berkempen di bandar Nara, Jumaat lalu. – EPA/EFE

Kultus agama punca suspek tembak Shinzo Abe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO – Ibu suspek kes pembunuhan bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe menganggotai kumpulan keagamaan dikenali sebagai Gereja Penyatuan yang didakwa suspek menjadi punca dia menyerang Abe, lapor agensi berita United Press Internatio­nal kelmarin.

Presiden gereja berkenaan cawangan Jepun, Tomihiro Tanaka berkata, ibu Tetsuya Yamagami menghadiri perjumpaan di gereja itu pada setiap bulan.

Yamagami yang diberkas sejurus selepas menembak Abe pada Jumaat lalu memberitahu polis bahawa ibunya membuat sumbangan wang dalam jumlah besar kepada sebuah kumpulan agama 20 tahun lalu yang didakwa adalah Gereja Penya­tuan. Derma itu menyebabkan perniagaan keluarga mereka muflis.

Dia menuduh Abe menyo­kong gereja itu. Polis bagaima­napun masih belum mengesahkan identiti pertubuhan keagamaan yang didakwa.

Sementara itu, Gereja Penya­tuan meluahkan rasa terkejut berhubung pembunuhan Abe.

“Sebagai sebuah pertubuhan, kami sering menekankan nilai kekeluargaan dalam membina masyarakat yang aman.

“Kami mengutuk tindakan menggunakan senjata api . Senjata api tidak mempunyai tempat dalam agama,” kata gereja berkenaan dalam satu kenya­taan.

Organisasi keagamaan itu ditubuhkan pada tahun 1954 di Korea Selatan oleh seorang lelaki bernama Sun Myung Moon. Tanaka berkata, Yamagami dan dan Abe bukan anggota gereja tersebut.

Sementara itu, polis wilayah Nara berkata, kamera keselamatan di tempat awam telah mengesan sebuah kenderaan menyerupai milik suspek di salah sebuah kemudahan milik gereja tersebut, sehari sebelum insiden tembakan berlaku.

Suspek yang merupakan pesara tentera Jepun dikatakan menghasilkan sendiri senjata api yang digunakan untuk me­nembak Abe. 

Dia turut membuat beberapa jenis senapang lain menggunakan batang paip. – Agensi 

POPULAR