fbpx

Bina rumah RM57,000 untuk mangsa banjir Baling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah rumah yang musnah dalam kejadian kepala air di Kampung Iboi, Baling pada 4 Julai lalu.

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah memutuskan untuk membina rumah bernilai RM57,000 kepada mangsa yang kehilangan tempat tinggal dalam kejadian kepala air di Kupang pada 4 Julai lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Katanya, rumah tersebut akan dibina di tanah milik Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di Kampung Sadek, Baling.

“Kita juga akan mempertimbangkan pembinaan rumah mengikut keperluan serta saiz keluarga.

“Jika keluarga itu besar, mungkin mereka memerlukan rumah yang lebih besar dan kita akan lihat kesesuaiannya nanti,” katanya selepas melancarkan inisiatif tempat letak kereta pintar dalam daerah Kulim di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Selain itu, pihaknya juga akan menyerahkan bantuan kewangan kepada mangsa terjejas untuk mereka menyewa rumah pada kadar RM400 sebulan bagi tempoh enam bulan.

“Dalam jangka masa sama juga, kita akan serahkan tambahan RM100 untuk mereka bayar bil utiliti,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI