fbpx

Bayi pucat, kekuningan selepas ibu rawat ‘napkin rash’ guna inai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang bayi berusia 42 hari mengalami kekuningan, pucat, dan air kencingnya kemerahan selama dua hari selepas ibunya merawat radang kulitnya (napkin rash) menggunakan inai. 

Menerusi perkongsian Facebook Public Health Malaysia, bayi tersebut dibawa ke hospital dan setelah pemeriksaan dilakukan, hemoglobin (HB) jatuh kepada 6gm/dl dan terdapat kekurangan G6PD. 

Katanya, terdapat bahan di dalam daun inai dikenali sebagai Lawson. 

“Ia digunakan bukan sahaja untuk kosmetik, tetapi terapi penyakit kulit tertentu. 

“Di dalam kajian, sebatian kimia ini boleh menyebabkan sel darah terurai dan pecah,” jelasnya. 

Mengulas lanjut, Public Health Malaysia menjelaskan, penggunaan inai kebiasaannya adalah selamat, kecuali pada mereka yang mempunyai alahan. 

“Elakkan menggunakan inai jika anda mempunyai alergik kepada Lawsonia Inermis. 

“Tiada data kajian untuk kegunaan selamat dalam kalangan ibu mengandung atau menyusu. Jika boleh, elakkan sahaja,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI