fbpx

Warna inai tak cantik, tak mesra wuduk? Ini jawapan Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA

 

PETALING JAYA – Isu kualiti inai jenama Nunha milik selebriti popular, Neelofa kini tular dalam media sosial.

Dikatakan menjadikan kuku berwarna lebam seolah-oleh terkepit pintu dan tidak merah seperti inai lain, lebih memburukkan reputasi, produk pewarna kuku milik bekas pengacara MeleTOP itu didakwa segelintir pihak kononnya tidak mesra wuduk kerana tidak menyerap air.

Tampil bersuara, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, memberitahu pihaknya sangat memandang berat berkaitan isu mesra wuduk sepanjang proses pensampelan produk.

Dia juga menegaskan inai keluarannya tidak menggunakan pewarna makanan tiruan seperti yang diletakkan dalam jenama lain di pasaran.

“Ramai yang nak saya jelaskan isu berkaitan tidak sah solat. Semasa proses persampelan, perkara pertama saya pentingkan ialah tiada pewarna makanan. Ramai jenama lain yang perli kami guna pewarna makanan.

“Ini bukan seperti inai lain tetapi telah ditambah pewarna makanan. Kami tidak letak pewarna makanan langsung, saya sangat anti perkara tersebut. Kami gunakan bahan-bahan semulajadi,” katanya dalam InstaStory.

Dalam pada itu, isteri PU Riz itu juyga tidak memandang ringan dalam isu penyerapan inai kerana enggan menanggung dosa para penggunanya.

“Saya pun tak tahu kenapa kecoh sebab sebelum ini ramai jenama lain sudah dijual yang tidak sah solat.

“Namun mungkin kerana inai ini Neelofa yang hasilkan, sebab itu jadi isu.

“Nak buat yang tidak sah solat? Dosa sendiri pun tidak tertanggung, apatah lagi nak tanggung dosa berjuta orang di luar sana.

“Saya pun buat benda ini sangat berhati-hati, tak tahu berapa puluh kali telah buat usaha untuk pastikan semua bahan yang digunakan diluluskan,” ujarnya.

Bagi meleraikan salah faham dalam kalangan pengguna, selebriti berhijab itu berjanji akan mengadakan sebuah majlis khas dalam tempoh terdekat untuk menjelaskan isu tersebut.

“Kami akan menjemput pakar yang mahir berkaitan bidang ini untuk jelaskan kepada wakil pengedar dan media di sebuah majlis dalam masa terdekat.

“Harap selepas majlis nanti akan dapat selesaikan isu ini,” katanya lagi.

Dalam perkongsian sama, dia turut memuat naik tangkap layar kenyataan seorang pengguna media sosial berkaitan isu penyerapan inai bagi meleraikan salah faham dalam kalangan pengguna.

Sejak kelmarin, nama Neelofa menjadi sebutan ramai dalam media sosial khususnya pembeli inai jenama Nunha yang kecewa kerana warna kuku mereka tidak secantik yang digambarkan.

Lebih teruk, ada yang menyamakan warnah inai jenamanya seperti kuku lebam terkepit pintu.

Malah, cara pemakaiannya juga dikatakan agak susah berbanding jenama inai lain yang dijual di pasaran.

Selain Neelofa, pelakon terkenal, Rozita Che Wan turut mengeluarkan inai jenama sendiri iaitu Inai Che Ta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI