fbpx

Wanita hina Islam, teman lelaki didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan berhubung kes seorang wanita yang didakwa menghina agama Islam dalam satu persembahan di sebuah kelab di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) baru-baru telah dilengkapkan dan akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, pihak PDRM telah menyerahkan kertas siasatan itu kepada Pejabat Peguam Negara hari ini untuk menuduh suspek yang berusia 28 tahun bersama teman lelakinya.

“Kertas siasatan polis telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada hari ini dan telah mendapat arahan untuk menuduh suspek dibawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

“Reman ke atas suspek yang tamat pada hari ini akan disambung sehari lagi sehingga esok.

“Manakala teman lelakinya pula akan dituduh dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi 54 saat memaparkan seorang wanita berpakaian sopan menanggalkan tudung dan pakaian ketika membuat persembahan stand up comedy (komedi solo) di sebuah kelab di TTDI, Kuala Lumpur, di sini.

Susulan insiden berkenaan, wanita berusia 28 tahun itu ditahan di Jalan Gasing, Petaling Jaya pada 9 Julai lalu dan direman selama tiga hari.

Manakala seorang lelaki dipercayai teman lelaki suspek turut ditahan selang sehari kemudian iaitu pada 10 Julai. Kedua-duanya ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI