fbpx

Polis kesan pemandu kereta tayang gari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mengesan seorang individu yang terlibat dalam insiden pergaduhan mulut di Jalan Seremban-Tampin berhampiran Pedas petang semalam.

REMBAU – Polis mengesan seorang individu yang terlibat dalam insiden pergaduhan mulut di Jalan Seremban-Tampin berhampiran Pedas petang semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan daripada pemandu lori berusia 32 tahun di Balai Polis Pedas semalam.

Menurutnya, mangsa berasa bimbang dengan keselamatan dirinya susulan pergaduhan mulut dengan suspek selepas lelaki itu mengeluarkan sepasang gari.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.10 petang ketika mangsa sedang memandu kereta sebelum sebuah Proton Saga memasuki laluannya dan berlaku antara kedua-dua mereka.

“Pemandu kereta Proton Saga berkenaan kemudian mengeluarkan gari dan mangsa meneruskan perjalanan sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Menurutnya, polis telah mengenalpasti pemandu kereta berusia 60-an berdasarkan maklumat yang diberikan mangsa. Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI