fbpx

Reman suspek kelar wanita, bayi disambung seminggu lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian bunuh ibu dan bayi di Kampung Bakar Batu pada 4 Julai lalu dikenakan perintah sambung reman seminggu.

JOHOR BAHRU – Suspek yang terlibat dalam kejadian pembunuhan melibatkan seorang ibu dan bayi di Kampung Bakar Batu, di sini pada 4 Julai lalu disambung perintah reman bagi membantu siasatan.

Perintah sambungan reman selama tujuh hari terhadap suspek berusia 25 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Suhaila Shafi’uddin di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, reman terhadap suspek akan disambung selama tujuh hari sehingga 18 Julai depan.

Suspek tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 9.15 pagi dengan berpakaian lokap berwarna oren dan berkaki ayam.

Ketika dibawa turun dari trak polis, suspek kelihatan tenang dan hanya menurut arahan diberikan pegawai polis yang mengiringinya.

Dalam kejadian 4 Julai lalu, Hajar Nursyahirin dan bayi lelakinya, Hans Mohd. Thakif, dua bulan ditemui maut di hadapan rumah mereka di Kampung Bakar Batu, dengan kesan kelar di bahagian leher mereka.

Tertuduh kemudiannya ditahan di Permas Jaya selepas melarikan diri dalam keadaan berbogel dengan menunggang motosikal dimana beberapa rakaman video berhubung kejadian tersebut tular di media sosial. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI