fbpx

Hujan lebat di Kedah, Sabah dan Sarawak petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penduduk di negeri Kedah serta Sabah dan Sarawak dinasihatkan berwaspada susulan amaran ribut petir dan hujan lebat pada petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, keadaan cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga lewat petang nanti.

“Ia melibatkan beberapa kawasan di Kedah iaitu Kota Setar, Pokok Sena, Yan dan Pendang.

“Di Sarawak pula membabitkan Samarahan (Simunjan), Betong (Saratok), Sarikei dan Sibu (Sibu dan Kanowit),” katanya.

Selain itu, keadaan sama turut dijangka berlaku di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) serta Labuan.

Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI