fbpx

Saintis temui mikroplastik dalam daging lembu, babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sejumlah besar mikroplastik dibuang ke alam sekitar. – The Irish Times

AMSTERDAM – Pasukan saintis Belanda buat kali pertama mene­mui pencemaran zarah halus plastik atau mikroplastik dalam daging lembu dan daging babi, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Saintis-saintis Universiti Vrije Amsterdam (VUA) dilaporkan turut menemui zarah mikroplastik di dalam darah lembu dan babi di beberapa ladang ternak.

Zarah mikroplastik dikesan dalam tiga perempat daripada keseluruhan sampel daging yang diuji. 

Kajian perintis itu turut menguji produk susu serta sampel darah haiwan ternakan.

Kajian sama menunjukkan mikroplastik turut ditemui dalam sampel palet makanan haiwan yang diuji. Hasil kajian itu menunjukkan potensi pencemaran mikroplastik adalah membimbangkan.

Pada Mac lalu, penyelidik-penyelidik VUA telah menemui mikroplastik di dalam darah manusia buat kali pertama. Uji kaji serupa kemudian dilakukan ke atas produk haiwan tenusu dan daging .

Kajian pada Mei lalu menyebut bahawa penemuan zarah mikroplastik di dalam darah menunjukkan bahawa bahan tercemar itu boleh mengalir di dalam badan melalui saluran darah dan bersarang di dalam organ manusia.

Namun, penyelidik-penyelidik itu tidak pasti bagaimana zarah mikroplastik boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia atau haiwan dan perlu melakukan kajian lebih lanjut.

“Apabila menguji darah, anda akan mengetahui bahawa mikroplastik diserap daripada semua laluan pendedahan yang berbeza termasuk udara, air, makanan dan sebagainya,” kata Dr. Heather Leslie dari VUA. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI