fbpx

Wanita terpaksa berkerusi roda kerana malu kentut di depan kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Moraes terpaksa ditolak di atas kerusi roda kerana mengalami kesakitan di bahagian perut selepas menahan daripada kentut di depan teman lelaki. - Instagram

LISBON, Portugal – Seorang wanita berdepan kesakitan luar biasa kerana terlalu malu dan cuba menahan diri daripada kentut di hadapan teman lelakinya, lapor akhbar The Sun UK, kelmarin.

Mangsa yang merupakan seorang pesohor media sosial dari Brazil, mengunjungi  festival muzik di Portugal bersama kekasihnya apabila perutnya berasa sakit dan pedih.

Vitória De Felice Moraes yang mempunyai 23.4 juta pengikut  di laman Instagram, memuat naik gambar dia  menggunakan kerusi roda semasa berada di sebuah lapangan terbang di Portugal sehingga mencemaskan peminatnya.

Gadis berusia 21 tahun itu berkata, dia mengalami kesakitan yang tidak tertanggung semasa berada di festival muzik, Rock di Rio Lisboa 2022.

Puncanya  kerana dia cuba menahan kentut  kerana sedang bersama teman lelakinya ketika itu.

“Ini mungkin kedengaran lucu tetapi perbuatan menahan kentut  boleh menyebabkan gas  toksis terkumpul di dalam badan sekali gus mengundang bahaya.

“Ia boleh mengakibatkan kesakitan pada pundi hempedu dan gejala sesak nafas,” kata  Moraes.

Manusia normal biasanya kentut sehingga 15 kali sehari dan menghasilkan gas bersamaan dengan dua gelas minuman cola. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI