fbpx

Trafik menghala ke utara, selatan dan Pantai Timur masih perlahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan trafik yang sesak di beberapa lebuh raya utama susulan kepulangan orang ramai menyambut Aidiladha.

PETALING JAYA – Aliran trafik dilaporkan masih perlahan di beberapa lebuh raya utama susulan kepulangan orang ramai ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha.

Kosmo! difahamkan aliran trafik mulai sesak sejak tengah malam semalam terutamanya laluan menghala ke utara, selatan dan Pantai Timur.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi pemakluman terkini berkata, keadaan tersebut boleh dilihat di Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuh Raya Pantai Timur dan Lebuh Raya Utara-Selatan.

“Beberapa laluan di Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara antaranya melibatkan Slim River ke Sungkai, Tapah ke Gopeng dan Plaza Tol Ipoh masih perlahan setakat ini.

“Bagi lalu menghala di KLK, trafik masih perlahan sebelum dan selepas Plaza Tol Gombak menghala ke Genting Sempah dan Bukit Tinggi ke Lentang,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! baru-baru ini melaporkan kira-kira 1.9 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan setiap hari sempena cuti perayaan Aidiladha bermula semalam hingga Selasa depan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI