fbpx
Polis menahan 13 individu dalam serbuah ke atas sebuah pusat hiburan di Jalan Metro Perdana Barat, Taman Usahawan, Kepong semalam.

Premis hiburan diserbu, lelaki menyerupai wanita antara ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebuah premis hiburan di Jalan Metro Perdana Barat, Taman Usahawan, Kepong di sini diserbu selepas dipercayai menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) warga asing.

Dalam serbuan pada pukul 6.58 petang semalam, seramai 10 wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai GRO, seorang lelaki warga tempatan dan dua lelaki warga asing yang menyerupai wanita diberkas.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati premis tersebut telah diserbu sebanyak lima kali sepanjang tempoh Januari hingga Julai tahun ini.

“Modus operandi kegiatan ini berselindung di sebalik pusat hiburan yang telah beroperasi sejak tujuh bulan yang lepas.

“Pemeriksaan lanjut telah dibuat oleh pihak polis dan berjaya merampas pelbagai peralatan sistem audio dan wang tunai berjumlah RM159,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, seramai 13 individu berusia di antara 23 hingga 45 tahun yang diperiksa, mendapati seorang suspek warga tempatan mempunyai lima rekod lampau pelbagai kesalahan.

“Semakan rekod mendapati seorang suspek warga tempatan mempunyai lima rekod lampau pelbagai kesalahan manakala 12 lagi suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992, Seksyen 55 B Akta Imigresen dan Seksyen 39 B Akta yang sama. – KOSMO! ONLINE

POPULAR