fbpx

Pelajar tampal notis, luah rungutan terbeban ‘assignment’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Notis yang ditampal di pintu bilik pensyarah dipercayai ditulis seorang pelajar.

PETALING JAYA – Tular sekeping notis ditampal di pintu bilik pensyarah dipercayai ditulis oleh seorang pelajar yang kecewa dengan sistem pendidikan negara melibatkan institusi pengajian tinggi.

Gambar notis tersebut turut dikongsikan menerusi portal Jom Gelak di Facebook semalam.

Menurut notis yang ditinggalkan itu, ramai pelajar menjadi tertekan sehingga ada yang sanggup bertindak di luar jangkaan gara-gara terbeban dengan tugasan harian, mingguan dan bulanan.

“Mesej kepada pensyarah, anda tak faham ke kami ini stres tapi bila di depan anda, kami buat ‘selamba’ sahaja.

“Silap hari bulan ada yang mati bunuh diri kerana anda,” tulisnya.

Selain itu, pelajar tersebut turut menyifatkan bebanan tugasan yang diberi adalah melampau seperti tiada ‘hari lain’ untuk dilakukan.

“Tugasan berlambak, kerja kursus lagi, ujian lain, pembentangan lagi, suruh buat laporan macam orang ‘bodoh’, kami bukan robot.

“6 subjek, tapi 10 kerja kursus, anda fikir wajar? cuti pertengahan minggu ke-13? anda fikir anda sahaja perlukan masa dengan keluarga? tiap-tiap tahun kami perlu beraya pada minggu ulang kaji, aduh Malaysiaku,” luahnya.

Tambahnya lagi, dia mengingatkan setiap pensyarah agar mendidik pelajar di IPT untuk bersedia menghadapi dunia pekerjaan bukan hanya semata-mata memfokuskan kepada peperiksaan.

“Lagi satu, jangan mengajar kami macam anda mengajar budak sekolah menengah, kami perlu diajar untuk menghadapi dunia pekerjaan, bukan diajar hanya untuk jawab peperiksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI