fbpx

Mat Kilau dah catat RM61 juta kutipan panggung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FILEM Mat Kilau melangkau jangkaan ramai apabila terus mencatat kutipan luar biasa dengan rekod sebanyak RM61 juta setakat 17 hari tayangan.

PETALING JAYA – Terus memecah rekod dunia perfileman tanah air, filem epik Melayu, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan sutradara, Syamsul Yusof kini sudah mencatat RM61 juta kutipan pawagam selepas 17 hari tayangan.

Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof melahirkan rasa syukur terhadap sambutan dan penerimaan luar biasa penonton yang tidak henti-henti memberi sokongan terhadap filem tersebut.

“Alhamdulillah, filem Mat Kilau berjaya mencipta rekod RM61 juta dalam masa 17 hari tayangan.

“Mengatasi filem Hollywood seperti Star Wars, The Avengers, Jurassic World, Black Panther, Furious 7, Spider-Man dan Transformers dalam carta “All Time International Malaysia Box Office”.

“Terima kasih kepada semua penonton dan nantikan filem berikut daripada saya, insya-Allah!” coretnya menerusi hantaran terbaharu Instagram.

Sekadar rekod, filem berdasarkan fakta sejarah yang diadaptasi ke layar perak tersebut ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 23 Jun lalu.

Mat Kilau menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari, Yayan Ruhian dan ramai lagi.

Terdahulu, bukan hanya menjadi filem paling laris tempatan sepanjang zaman, impak kehebatan Mat Kilau turut mencetuskan isu pembahagian kutipan tiket dan duti hiburan 25 peratus hangat menjadi polemik ramai sehingga sekarang.

Ramai dalam kalangan penggiat industri kreatif tempatan sedang dalam proses perbincangan berhubung pulangan diraih penerbit filem selepas menolak kes pembikinan, duti hiburan dan pembahagian jualan tiket dengan pawagam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI