fbpx

‘Portion’ mi goreng RMT macam bagi anak burung makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menu RMT di sebuah sekolah rendah di Pahang menjadi bualan hangat orang ramai sejak kelmarin.

PETALING JAYA – Tular di media sosial sejak kelmarin gambar menu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sebuah sekolah rendah di Pahang telah mengundang pertikaian orang ramai kerana saiz hidangan yang diberi dianggap terlalu sedikit.

“Macam nak bagi anak burung makan, sikit betul, ini memang pengusaha kantin nak cepat kaya, peruntukan terlebih simpan poket sendiri,” luah seorang pengguna.

Gambar tersebut dimuat naik di Twitter oleh Izwar Wahid dan perkara itu mencetus pelbagai reaksi daripada pengguna lain.

Rata-ratanya meminta agar pihak kerajaan dan sekolah sentiasa memantau hasil kerja pengusaha kantin.

Mereka juga menggesa pihak Kementerian Pendidikan (KPM) menaikkan kadar dan peruntukan RMT kepada RM4 untuk seorang murid yang ketika ini hanya RM2.50 bagi seorang murid di Semenanjung dan RM3.00 bagi murid Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Untuk RMT, pihak KPM dah boleh naik harga kepada RM3.50 atau RM4 seorang murid. Masa zaman saya dulu (2015-2017), RM2.50 untuk seorang murid, tak cukup,” kata Fadzliaton Aris.

“Mungkin sebab peruntukan sedikit, jadi pengusaha kantin tetapkan saiz hidangan RMT yang kecil seperti itu, memang tidak cukup untuk mengenyangkan murid sebab mereka memerlukan tenaga mencukupi ketika berada di sekolah,” ujar Mariana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI