fbpx

KUSKOP tubuh federasi tangani isu orang tengah jual ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh menyampaikan anugerah kepada tenaga pengajar pada majlis tersebut. /FOTO ZULFADHLI ZAKI

KUALA SELANGOR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menubuhkan federasi ternakan ayam bagi menangani isu orang tengah sekali gus menjual ayam dengan harga lebih murah di pasaran.

Federasi ditubuhkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) itu disertai sebanyak 15 koperasi setakat ini yang bertanggungjawab menguruskan pusat pengumpulan dan jualan ayam kepada pengguna.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, kesemua koperasi itu antaranya berfungsi bagi mewujudkan pusat pengumpulan dan pengedaran ayam di seluruh negara.

Katanya, kementerian sudah mengadakan perbincangan dengan koperasi dan usahawan yang terlibat dalam ternakan ayam termasuk pemborong.

“Menerusi federasi itu, kita bercadang membeli ayam secara terus dari ladang sebelum dibawa ke pusat pengumpulan yang dipilih kelak.

“Ayam itu kemudian akan terus dijual kepada pengguna dengan harga lebih murah tanpa khidmat orang tengah,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Warga Kerja Pendidikan Daerah Kuala Selangor di sini, petang tadi.

Jelas Noh, pihaknya turut memperkenalkan bisnes secara dalam talian selain mengimport ayam sejuk beku dari luar negara.

“Kita akan membawa ayam beku itu kerana pengeluarannya hampir sama dengan Malaysia dan rakyat mempunyai pilihan sama ada mahu membeli ayam segar atau ayam sejuk. Kita akan pastikan ia dijual lebih murah,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya turut berharap supaya koperasi diberikan peranan untuk jihad memerangi inflasi. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`