fbpx

Suspek tembakan Highland Park menyamar jadi wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Crimo didakwa melarikan diri dari tempat kejadian dengan memakai pakaian wanita untuk menyamar. - Pasukan Petugas Jenayah Utama Lake County

CHICAGO, ILLINOIS – Suspek insiden tembakan di Highland Park, Robert E. ‘Bobby’ Crimo III didakwa berpakaian seperti wanita untuk menyembunyikan identitinya selepas melakukan jenayah tragis semasa perarakan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat (AS) di Chicago, lapor stesen penyiaran NBC, kelmarin.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang diperoleh stesen televisyen tempatan, WGN-TV memaparkan seorang lelaki yang didakwa merupakan Crimo kelihatan memakai rambut palsu hitam panjang ketika melarikan diri dari tempat kejadian.

Dia turut memakai baju lengan panjang, sarung tangan hitam dan selendang leher sambil memikul beg galas hitam, memakai fon kepala serta memegang sebuah telefon bimbit.

Sebelum melarikan diri, suspek dikatakan membalut raifal berkuasa tinggi yang digunakan dalam kejadian tembakan itu dalam sehelai selimut merah dan menjatuhkannya di belakang bangunan, demikian menurut pihak berkuasa.

“Berdasarkan rakaman CCTV yang diperoleh, jenayah ini dipercayai telah dirancang teliti selama berminggu-minggu.

“Suspek telah didakwa dengan tujuh pertuduhan pembunuhan dalam kejadian tersebut,” kata pegawai penyiasat.

Jika disabitkan dengan kesalahan, Crimo akan menerima hukuman penjara seumur hidup mandatori tanpa kemungkinan parol.

Peguam Negara bagi Lake County, Eric Rinehart menggelar insiden tembakan itu sebagai serangan terancang, justeru, pertuduhan tambahan mungkin dikenakan termasuk cubaan membunuh dan mengakibatkan kecederaan serius.

Sementara itu, peguam Crimo, Tom Durkin berkata, pendakwa raya memaklumkan kepadanya bahawa mereka akan memohon agar tiada bayaran jaminan diberikan untuk anak guamnya.

Crimo dituduh melepaskan tembakan rambang ke arah peserta kawad dari atas sebuah bangunan semasa perarakan Hari Kemerdekaan yang meragut tujuh nyawa dan mencederakan lebih 40 yang lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI