fbpx

Jurugambar dakwa rakam imej UFO warna-warni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZEIGLER merakam gambar UFO yang mempunyai pelbagai warna di langit Chicago baru-baru ini. - Foto Dietrich Zeigler

WASHINGTON – Seorang jurugambar yang berpangkalan di Chicago, Amerika Syarikat merakam imej objek terbang tidak dikenali (UFO) yang menakjubkan kerana ia didakwa boleh bertukar warna, lapor portal berita The News International.

Dietrich Zeigler berkata: “Ia berlaku pada waktu petang, tepat ketika matahari terbenam di bawah ufuk. Setelah melihat beberapa warna berkilauan, saya mengeluarkan lensa bersaiz 70 hingga 200 milimeter dan merakamnya.”

Tambah Zeigler, penampilan objek itu amat menarik dengan set warna ungu, emas dan hijau.

“Ia seolah-olah bertukar warna tetapi bentuknya kekal sama dan kelihatan seperti topeng.

“Selepas masuk ke dalam rumah untuk meneliti foto yang dirakam, saya tidak lagi dapat mengesannya (UFO) di langit,” jelasnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI