fbpx

Lubang tikus tarik pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lubang berbentuk tikus ini terletak di sebatang jalan di bahagian selatan blok 1900, Jalan West Roscoe. – X/ WinslowDumaine

CHICAGO, ILLINOIS – Bandar raya Chicago dalam negeri Illinois mempunyai tarikan pelancongan terbaharu iaitu lubang jalan yang memiliki bentuk seperti seekor tikus, lapor akhbar Metro UK semalam.

Tarikan luar biasa itu terletak di selatan blok 1900, jalan West Roscoe Street.

Lubang itu bagaimanapun bukan sesuatu yang baharu kerana kata penduduk setempat, ia telah terbentuk selama beberapa tahun.

Namun, ia meraih populariti baru-baru ini selepas seorang pelancong berkongsi  gambar lubang berbentuk tikus tersebut di platform X bersama keterangan: “Anda perlu melawat lubang tikus Chicago.”

Hantaran itu menerima lebih empat juta tontonan setakat ini, manakala jumlah pelancong yang datang ke lokasi berkenaan meningkat dengan ada yang melempar duit syiling ke dalamnya.

“Kami mempunyai banyak restoran dan bar yang hebat, kawasan kejiranan yang cantik, stadium Wrigley Field dan sudah semestinya lubang tikus Chicago,” kata Ahli Dewan Perwakilan Illinois, Ann Williams dalam promosinya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI